INTAN SYAKINAH ♕
After a long time,,,,
Sunday, April 13 @ 10:05:00 PM | 1 Comment [s]



Assalammualaikum,

Hai, lama dah tak berbelog belog ni. Nak setahun jugak kot. Hmm, hehe. Ehh, aku dah nak masuk 19 tahun. Yeahhh, dah tua :') And apa yang lagi best, aku baru habis final exam untuk sem dua. Yeahhh lagi! Ohya, aku sekarang sambung belajar kat UiTM Kuala Pilah, Dip in Science. So far okay lah study, cuma aku selalu study last minute. Hmm, padan muka aku jugak lah kan? Tu jelah perkembangan aku buat masa ni. Kalau perkembangan badan tu takyah cerita lah. Malas nak cakap. Berkembang dengan pesat. Okay dah. Stop!

Niatnya entry kali ni, aku nak luahkan apa aku nak luah. On your mark get set go!!!!

Ok, a day before paper physics, aku and the geng belajar dekat libary. Seronok study sesama. And yeahh, tiba tiba ex-crush aku datang kat tempat kiteorang study. Dan sudah semestinya bukan sebab nak jumpa aku lah kan. Hee, Aku nebeslah. Crush kau depan mata kot! Apa? Nama dia apa? Heeee, maluuu. Ok, cukuplah korang tahu nama dia dA. Ok? dA ni kawan dengan geng geng aku ni. Dan yang paling menyedihkan. Dia tak kawan aku je. Dia cakap ngan geng geng aku. Tapi tak cakap ngan aku. Ok. aku sedar ") Aku pon luahkan perasaan aku kat geng aku. Lepas tu dA ni pon datang balik. Lepas tu, dengan tanpa rasa bersalah, deorang cakap kat dA tu. Depan aku. Ya Allah! malu kot ") Ok, ye, aku merajuk dengan deorang. Merajuk sangat! Hmmm, buat apa lah an? To azie, lin, syed, adzrra. Aku ok je dah sekarang, cuma macam malu sikitlah. Kawan balikk :')

Lagi satu, haritu aku pergi shopping. Sahsah ramai orang kan? Hmm, aku ada nampak satu anak ni dia manja sangat ngan ayah dia. Haa, Aku jealous gilaaa D': Kalau lah ayah still ada kat sini. Aku peluk cium puas puas puas puas! Hmm, kat UiTM ni tak semua orang tahu yang aku dah takda ayah. Ada orang cerita pasal ayah, pastu tetiba tanya 'Ayah kau?' Perghhh, rasa dia macam kena tembak bertubi tubi. Perlu ke aku jawab 'Ayah aku dah takda.'? Aku sendiri tak sampai hati nak cakap benda tu. So, aku amik keputusan diam je. Tu je yang aku mampu.

So, for you guys out there, hargailah apa yang kau ada harini. Sebab once benda tu dah pergi, ia takkan kembali. Aku selalu pegang satu benda ni, 'Sesuatu perkara yang berlaku tu pasti ada hikmahnya'. Sekiann..




Older Post | Newer Post


Assalammualaikum and Hello. Just call me Kyna. First cry on 5Sept. 19 years old. This is my life. And i love it. Diploma in science :)
dashboard//follow


be a better muslim ✿
happy family ت
lose weight ➘
I phongg ✆
BFF ☺☻
prince charming ♥♡
fly all over the world ✈✈✈